PM Israel Jemput Trump Rasmi Kedutaan Baru A.S

PM Israel Jemput Trump Rasmi Kedutaan Baru A.S

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berbincang mengenai kemungkinan kehadiran Presiden Donald Trump pada majlis perasmian Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis pada Mei ini apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu esok.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berbincang mengenai kemungkinan kehadiran Presiden Donald Trump pada majlis perasmian Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis pada Mei ini apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu esok.

Netanyahu membuat kenyataan itu lewat semalam sebelum menaiki pesawat ke AS.

"Saya akan berbincang dengan beliau mengenai kemungkinan itu.

"Saya berterima kasih kepadanya kerana pengiktirafan bersejarah Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan AS ke bandar raya itu pada hari kemerdekaan Israel," katanya menjawab soalan wartawan sama ada beliau bercadang menjemput Trump ke majlis itu.

Tarikh pembukaan kedutaan itu pada 14 Mei ini adalah sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Israel.

Bagi penduduk Palestin, tarikh itu mewakili ulang tahun Nakba atau 'malapetaka', yang menyaksikan ratusan ribu sama ada melarikan diri atau dihalau dari rumah mereka dalam perang bagi penubuhan Israel. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky