PM Jordan Letak Jawatan

PM Jordan Letak Jawatan

Perdana Menteri Jordan Hani Al-Mulki akhirnya melepaskan jawatan susulan suasana tegang di negara itu berikutan protes rakyat terhadap dasar ekonomi yang membebankan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Jordan Hani Al-Mulki akhirnya melepaskan jawatan susulan suasana tegang di negara itu berikutan protes rakyat terhadap dasar ekonomi yang membebankan.

Sehubungan itu, Al-Mulki telah dipanggil mengadap Raja Jordan, Raja Abdullah hari ini.

Al-Mulki yang juga anak kepada bekas perdana menteri Fawzi Mulki merupakan bekas diplomat dan menteri kerajaan, beliau dilantik sebagai perdana menteri Jordan pada Jun 2016.

Terdahulu, rakyat Jordan menuntut pemecatan Al-Mulki susulan kenaikan cukai yang didorong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), cukai terbabit dilihat menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Raja Abdullah dilaporkan meminta Omar al-Razzaz, menteri pendidikan dan bekas ahli ekonomi Bank Dunia, untuk membentuk kerajaan baru.- BBC


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky