Protes Di Basra Ragut Satu Nyawa

Protes Di Basra Ragut Satu Nyawa

Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut dan 25 yang lain cedera semasa bertempur dengan pasukan keselamatan di bandar Basra di selatan Iraq, ketika orang ramai terus mengadakan perhimpunan bagi membantah perkhidmatan awam yang buruk.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut dan 25 yang lain cedera semasa bertempur dengan pasukan keselamatan di bandar Basra di selatan Iraq, ketika orang ramai terus mengadakan perhimpunan bagi membantah perkhidmatan awam yang buruk.

Beberapa penunjuk perasaan menghalang pintu masuk ke pelabuhan komoditi berdekatan Umm Qasr untuk malam ketiga semalam dan membakar bangunan kerajaan wilayah utama, kata sumber kesihatan dan keselamatan tempatan.

Agensi berita al-Sumeriya melaporkan beberapa penunjuk perasaan yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu AFP melaporkan dua penunjuk perasaan maut dalam pertempuran itu.

Pasukan keselamatan menembak gas pemedih mata dan beberapa sumber tempatan mendakwa polis turut menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan tunjuk perasaan.

Pada Selasa, sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan ditembak mati dan hampir 20 yang lain cedera ketika beratus-ratus orang berkumpul untuk meratap kematian penunjuk perasaan yang telah dibunuh sehari sebelumnya.

Tentera Iraq semalam menyalahkan "lelaki bersenjata yang tidak dikenali" sebagai penyerang yang membunuh enam penunjuk perasaan terbabit.

"Penunjuk perasaan yang terkorban di pusat bandar Basra dibunuh oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali dari dalam sebuah kereta," kata komander tentera Jamil al-Shammari dalam satu kenyataan.

Al-Shammari turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan Iraq telah menembak penunjuk perasaan di luar ibu pejabat daerah tetapi mengatakan bahawa perhimpunan itu juga bersifat ganas. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky