Pusat Latihan Bidan Diserang

Pusat Latihan Bidan Diserang

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah pusat latihan bidan di timur Afghanistan, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah pusat latihan bidan di timur Afghanistan, hari ini.

Jurucakap gabenor, Attaullah Khogyani berkata, seramai tiga mangsa cedera dan ketika kejadian itu kira-kira 67 termasuk pelajar dan guru berada di premis itu terletak di Jalalabad, ibu kota wilayah Nangarhar.

Asap tebal dapat dilihat memenuhi ruang udara pusat latihan itu dan bunyi berbalas tembakan masih kedengaran lebih empat jam selepas insiden serangan itu yang bermula pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan).

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan itu malah pejuang Taliban juga menafikan penglibatan mereka.

"Pihak berkuasa telah mengepung kawasan itu dan melancarkan operasi untuk menyelamatkan mereka yang masih terperangkap," ujarnya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky