Putera Mahkota Saudi Bertemu Dengan Para Pelobi Pro-Israel

Putera Mahkota Saudi Bertemu Dengan Para Pelobi Pro-Israel

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman dilaporkan telah bertemu dengan para pemimpin beberapa kumpulan lobi pro-Israel semasa lawatannya ke Amerika Syarikat. Riyadh pada ketika ini dilihat giat berusaha menuju ke arah normalisasi hubungan diplomatik dengan rejim Tel Aviv dengan mengenepikan beberapa isu penting dunia Islam termasuk konflik di Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman dilaporkan telah bertemu dengan para pemimpin beberapa kumpulan lobi pro-Israel semasa lawatannya ke Amerika Syarikat. Riyadh pada ketika ini dilihat giat berusaha menuju ke arah normalisasi hubungan diplomatik dengan rejim Tel Aviv dengan mengenepikan beberapa isu penting dunia Islam termasuk konflik di Palestin.

Menurut laporan akhbar harian Israel, Haaretz Israel Mohammed Bin Salman telah bertemu dengan para pegawai-pegawai dari Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel (AIPAC), Stand Up for Israel (ADL), Persekutuan Yahudi Amerika Utara (JFNA), B'nai B'rith dan Jawatankuasa Yahudi Amerika (AJC) untuk saling bertukar-tukar pendapat.

Pertemuan dibuat ketika AIPAC, ADL dan JFNA berusaha keras melawan gerakan Boikot, Divestasi dan Sanksi (BDS) yang pro-Palestin.

Selain daripada itu, kumpulan tersebut turut mendermakan jutaan dolar kepada rejim Israel untuk meneruskan dasar pengembangannya dan usaha membina lebih banyak rumah untuk para peneroka haram di wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim penjajah itu.

Bercakap dalam satu wawancara dengan rangkaian berita Perancis 24 pada 13 Disember 2017 lepas, Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir berkata kerajaan Arab itu mempunyai "pelan" untuk mewujudkan hubungan diplomatik penuh dengan rejim Tel Aviv.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky