Qatar Larang Jual Produk Arab Saudi Dan Sekutunya

Qatar Larang Jual Produk Arab Saudi Dan Sekutunya

Qatar telah mengharamkan produk barangan daripada Arab Saudi dan sekutunya dijual di semua premis di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Qatar telah mengharamkan produk barangan daripada Arab Saudi dan sekutunya dijual di semua premis di negara itu.

Susulan itu, Kementerian Ekonomi Qatar telah mengarahkan supaya semua kedai di seluruh negara mengeluarkan produk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir daripada rak jualan.

Pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan semua pengusaha kedai mematuhi arahan itu, kata kementerian berkenaan semalam.

“Kerajaan juga akan cuba menghentikan produk termasuk barangan tenusu Arab Saudi daripada memasuki negara itu,” katanya.

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari sebelum ulang tahun krisis Teluk yang berlaku Jun tahun lalu, apabila negara berkenaan memutuskan 100 peratus hubungan dengan Qatar.

Arab Saudi dan sekutunya mendakwa Doha melindungi pengganas, menyokong pergerakan Hizbollah, al-Qaeda, campur tangan dalam hal ehwal negara lain dan cuba mencetuskan perselisihan dalam kalangan pegawai kerajaan asing.

Antara kumpulan ekstremis yang didakwa Arab Saudi dibantu dan disokong Qatar ialah Ikhwanul Muslimin, Daesh dan al-Qaeda dengan maksud merencana hasutan menerusi media mereka.

Empat negara itu juga menutup ruang udara mereka kepada Doha serta tidak membenarkan rakyat Qatar memasuki negara mereka.

Sementara itu, Pejabat Komunikasi Kerajaan Qatar (GCO) berkata, larangan berkenaan adalah untuk melindungi keselamatan pengguna.

“Qatar telah menjalankan dasar perdagangannya selaras dengan semua perjanjian multilateral dan bilateral,” katanya.- Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky