Qatar Sedia Untuk Berunding: Kuwait

Qatar Sedia Untuk Berunding: Kuwait

Menteri Luar Negara Kuwait berkata bahawa Qatar bersedia untuk berunding dengan negara-negara jiran Arabnya untuk mencari solusi kepada pertikaian yang sebelumnya tercetus di antara mereka. Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir sebelum ini telah memutuskan hubungan mereka dengan Qatar di samping mengenakan sekatan pengangkutan darat, air dan udara ke atas negara Teluk Parsi itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negara Kuwait berkata bahawa Qatar bersedia untuk berunding dengan negara-negara jiran Arabnya untuk mencari solusi kepada pertikaian yang sebelumnya tercetus di antara mereka. Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir sebelum ini telah memutuskan hubungan mereka dengan Qatar di samping mengenakan sekatan pengangkutan darat, air dan udara ke atas negara Teluk Parsi itu.

Sepanjang minggu lepas, Kuwait telah memainkan peranan sebagai perantara bagi di dalam krisis diplomatik itu. Akan tetapi usaha mereka sering dibayangi dengan tindakan keras daripada Arab Saudi dan sekutunya ke atas Qatar. Bahrain sebagai contoh telah mengarahkan pembekuan aset dan akaun bank yang terkait dengan entiti dari Qatar.

Di dalam rangka untuk menarik sokongan Amerika Syarikat dan juga Israel, negara-negara tersebut turut menuduh Doha mempunyai hubungan dengan pertubuhan Hamas.

"(Kuwait) mengesahkan kesediaan saudara (kami) di Qatar untuk memahami rasa cemas dan kebimbangan saudara mereka dan mengambil langkah mulia untuk mengukuhkan keselamatan dan kestabilan," kata Menteri Luar Negara Kuwait, Sabah al-Khalid al-Sabah pada hari Ahad.

"Negara Kuwait tidak akan meninggalkan usahanya untuk memperbaiki keretakan dan mencari solusi yang akan menangani punca pertikaian itu... dengan cari bersaudara," tambahnya lagi.

"Kuwait juga menegaskan kepentingan menyelesaikan masalah ini di dalam rangka kerja (negara-negara) Teluk," katanya lagi.

Ketua negara Kuwait pada minggu lepas melawat Qatar selepas lawatannya ke Arab Saudi dan UAE dalam rangka menjadi perantara untuk menyelesaikan pertikaian diplomatik negara-negara itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky