Raja Bahrain Gesa Hubungan Lebih Baik Dengan Israel

Raja Bahrain Gesa Hubungan Lebih Baik Dengan Israel

Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifah menyeru negara-negara Arab untuk menamatkan boikot mereka ke atas Israel. Beliau membuat kenyataan tersebut beberapa hari selepas perdana menteri Israel mengatakan bahawa hubungan Tel Aviv dengan dunia Arab kini menjadi lebih baik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifah menyeru negara-negara Arab untuk menamatkan boikot mereka ke atas Israel. Beliau membuat kenyataan tersebut beberapa hari selepas perdana menteri Israel mengatakan bahawa hubungan Tel Aviv dengan dunia Arab kini menjadi lebih baik.

Menurut media Israel, Raja Hamad membuat kenyataan itu di sebuah acara yang dianjurkan oleh pertubuhan pro-Israel, Simon Wiesenthal Center di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pemerintah negara Teluk itu turut menyeru pihak terbabit untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Israel.

Raja Hamad turut memaklumkan pengarah petubuhan Simon Wiesenthal Centre, Rabbi Abraham Cooper bahawa warga Bahrain kini bebas untuk melawat negara Israel. Pendirian beliau ke atas negara Israel disambut baik oleh pengarah pusat tersebut yang memuji raja itu sebagai "maju di hadapan dan pintar."

"Jika saya terpaksa membuat ramalan, saya akan memberitahu kalian bahawa hubungan di antara dunia Arab dengan Israel akan mengalami perubahan yang mendadak... Acara makan malam yang dihoskan oleh organisasi Yahudi ini tidak boleh dinafikan sebagai sesuatu yang tidak pro- Israel," tambah Cooper.

Cooper dan rakannya Marvin Hier bertemu dengan Raja Hamad di pusat tersebut untuk membincangkan perihal pembukaan sebuah muzium berkaitan toleransi beragama di Manama yang merupakan ibukota Bahrain menjelang akhir tahun ini.

Perubahan pendirian negara Arab itu terzahir beberapa minggu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa hubungan Tel Aviv dengan dunia Arab kini bertambah baik berbanding dengan waktu yang terdahulu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky