Rakyat Iran Kembali Sertai Jemaah Haji Pada Tahun Ini

  • News Code : 818399
  • Source : Berita Harian
Brief

Rakyat Iran akan menunaikan ibadat Haji tahun ini, kata kerajaan Arab Saudi hari ini, selepas tidak berbuat demikian tahun lalu berikutan ketegangan kedua-dua seteru di rantau Teluk itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rakyat Iran akan menunaikan ibadat Haji tahun ini, kata kerajaan Arab Saudi hari ini, selepas tidak berbuat demikian tahun lalu berikutan ketegangan kedua-dua seteru di rantau Teluk itu.

"Kementerian Haji dan pertubuhan Iran sudah melengkapkan semua langkah perlu untuk memastikan rakyat negara itu dapat menunaikan Haji pada tahun Hijrah 1438 menurut prosedur yang diikuti semua negara Islam," kata Agensi Saudi Press.

Buat kali pertama dalam masa hampir tiga dekad, kira-kira 60,000 jemaah Haji Iran tidak menyertai kongres haji pada tahun 2016 selepas kedua-dua negara tidak mencapai persetujuan mengenai isu keselamatan dan logistik. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram