Ratusan Warga Palestin Cedera Diserang Israel

Ratusan Warga Palestin Cedera Diserang Israel

Sekurang-kurangnya 386 penduduk Palestin cedera selepas tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah mereka yang mengambil bahagian dalam protes mingguan di sempadan Gaza-Israel hari ini, kata medik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 386 penduduk Palestin cedera selepas tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah mereka yang mengambil bahagian dalam protes mingguan di sempadan Gaza-Israel hari ini, kata medik.

Menurut tentera, tindakan tersebut diambil untuk menyuraikan sebanyak 10,000 penduduk Palestin, yang mana sesetengah daripada mereka membaling batu ke arah tentera dan membakar tayar selain untuk mencegah pelanggaran pagar hadapan kota itu.

Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurang 120 penduduk Palestin dalam protes di sepanjang sempadan tersebut sejak kempen itu dilancarkan pada 30 Mac untuk menuntut hak tanah air mereka yang diceroboh Israel dapat dikembalikan. -REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky