Rejim Zionis Semakin Angkuh

Rejim Zionis Semakin Angkuh

Sepanjanng 70 tahun konflik Palestin-Israel, pertumpahan darah telah ribuan nyawa dan terbaharu media melaporkan seramai enam orang pejuang Gerakan Pembela Islam (Hamas) telah terkorban dalam satu letupan di Zawayda, Semenanjung Gaza.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sepanjanng 70 tahun konflik Palestin-Israel, pertumpahan darah telah ribuan nyawa dan terbaharu media melaporkan seramai enam orang pejuang Gerakan Pembela Islam (Hamas) telah terkorban dalam satu letupan di Zawayda, Semenanjung Gaza.

Seperti kebiasaan tentera Israel menafikan pembabitan mereka dalam insiden berdarah itu.

Sejak bantahan ‘Kepulangan Besar-besaran’ yang bermula Mac lalu, sejumlah 43 rakyat Palestin maut ditembak Israel manakala 1,143 orang cedera dan 83 lagi terkena peluru hidup.

Serangan demi serangan rejim Israel dalam cubaan membunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Rami Hamdallah dan Ketua Operasi Hamas, Tawfik Abu Naim berjaya ditangkis kawalan keselamatan Hamas yang dipertingkatkan.

Zionis turut berdepan kecaman antarabangsa kerana menggunakan peluru hidup ketika berhadapan rakyat Palestin yang tidak bersenjata.

Kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteras dan Kesatuan Eropah (EU) yang menggesa siasatan bebas terhadap rejim Zionis ke atas kematian penduduk Palestin diharap dapat meredakan konflik berdarah ini.

Didoakan penduduk Palestin yang berpegang pada prinsip ‘berani kerana benar’ terus kuat dan sabar demi menuntut hak kembali ke tanah air mereka.

Justeru, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) mengharapkan komuniti global agar membantah kekejaman rejim Zionis dengan menyatakan solidariti semua umat Islam dan meneruskan aktiviti memboikot barangan Israel melalui kempen BDS (Boycott, Dinvestment, Sanction).


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky