Remaja Palestin Maut Ditembak Israel

Remaja Palestin Maut Ditembak Israel

Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin ketika serbuan di wilayah diduduki Tebing Barat, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin ketika serbuan di wilayah diduduki Tebing Barat, hari ini.

Insiden berlaku selepas seorang askar melepaskan tembakan sebagai tindak balas terhadap seorang remaja lelaki yang membaling batu kepadanya.

Kementerian Penerangan Palestin berkata, tentera rejim Zionis membunuh Ezz El-Deen al-Tamimi, 21, tanpa belas kasihan.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata lebih 10 penduduk Palestin dilaporkan cuba mengganggu pasukan tentera yang menjalankan penangkapan di perkampungan Nabi Saleh dan salah seorang daripada mereka membaling batu ke arah seorang tentera dan mencederakan kepalanya.

"Tentera bertindak balas dengan menembak remaja Palestin yang mulanya cedera dan diberikan rawatan perubatan di lokasi kejadian.

"Dia dirawat di situ dan kemudian diisytiharkan meninggal dunia," katanya sambil menambah tiada tenteranya yang cedera.

Sekurang-kurangnya 120 penduduk Palestin terbunuh ketika insiden bantahan di sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza. - REUTERS.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky