Remaja Palestin Maut Ditembak Zionis

Remaja Palestin Maut Ditembak Zionis

Seorang remaja Palestin yang ditembak tentera Israel ketika pertempuran di Tebing Barat, minggu lalu maut akibat kecederaannya semalam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang remaja Palestin yang ditembak tentera Israel ketika pertempuran di Tebing Barat, minggu lalu maut akibat kecederaannya semalam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Remaja berusia 15 tahun itu ditembak dalam pertempuran di pintu masuk Al-Bireh, utara Ramallah di Tebing Barat, kata kenyataan kementerian terbabit. Tentera Israel berkata, pihaknya sedang meneliti insiden itu.

Kementerian itu bagaimanapun tidak menyatakan pada hari apa mangsa cedera, namun agensi berita rasmi Palestin, WAFA berkata, beliau ditembak di bahagian perut, ketika pertempuran pada 15 Mei lalu.

Beberapa tunjuk perasaan besar berlaku di wilayah Palestin pada 14 Mei lalu, ketika Amerika Syarikat merasmikan kedutaan baharunya di Baitulmaqdis yang sebelum ini terletak di Tel Aviv.

Beberapa tunjuk perasaan kecil berlaku pada 15 Mei lalu iaitu pada ulang tahun ke-70 tragedi ‘Nakba’ atau bencana yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin menjadi pelarian selepas perang untuk penubuhan Israel.

Lebih 60 penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran di sepanjang sempadan Gaza dalam tempoh dua hari, namun remaja yang meninggal dunia semalam adalah mangsa pertama dari Tebing Barat.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky