Riyadh Dan Abu Dhabi Pernah Rancang Serang Qatar

Riyadh Dan Abu Dhabi Pernah Rancang Serang Qatar

Menteri Pertahanan Qatar berkata bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu sebelum ini merancang untuk melancarkan kempen ketenteraan ke atas negaranya ketika krisis diplomatik di antara mereka bermula pada tahun lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Qatar berkata bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu sebelum ini merancang untuk melancarkan kempen ketenteraan ke atas negaranya ketika krisis diplomatik di antara mereka bermula pada tahun lalu.

Di dalam temu ramah beliau dengan The Washington Post pada hari Jumaat, Khalid Bin Mohammad Al Attiyah berkata bahawa Riyadh dan Abu Dhabi "telah mencuba pelbagai cara" untuk menyahstabilkan negaranya. Akan tetapi, Al Attiyah menambah dengan mengatakan bahawa Doha telah berjaya menangkis niat mereka itu.

"Mereka memiliki hasrat untuk melancarkan kempen ketenteraan," kata Attiyah

"Mereka cuba memprovokasi kabilah-kabilah yang terlibat. Mereka menggunakan masjid untuk menyerang kami. Kemudian mereka cuba membawa seorang individu yang merupakan boneka mereka untuk menggantikan pemimpin kami," tambahnya lagi.

Ketika ditanya berhubung hubungan Doha dengan Tehran, Attiyah berkata bahawa Qatar ingin mengekalkan huubngan persahabatan dengan kesemua pihak.

Menurut beliau lagi, blok pimpinan Arab Saudi telah gagal untuk mengenepikan Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sebagai Emir Qatar. -ABNA24



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram