Riyadh Rancang Bangunkan Program Nuklear

Riyadh Rancang Bangunkan Program Nuklear

Arab Saudi kini dalam usaha untuk membangunkan program tenaga atom bagi mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap minyak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi kini dalam usaha untuk membangunkan program tenaga atom bagi mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap minyak.

Polisi yang menyaksikan aktiviti nuklear diterhadkan untuk tujuan keamanan itu diluluskan oleh Kabinet Arab Saudi semalam iaitu beberapa hari sebelum Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman melawat Washington.

Bagaimanapun, negara itu melahirkan kebimbangan berhubung krisis nuklear di Asia Barat yang boleh menjejaskan usaha mereka untuk membangunkan program berkenaan.

Arab Saudi merancang untuk membina sebanyak 16 reaktor nuklear dalam tempoh dua dekad akan datang. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky