Roboh Rumah Sendiri, Elak Denda Israel

Roboh Rumah Sendiri, Elak Denda Israel

Dua keluarga Palestin di bandar Baitulmaqdis bertindak merobohkan rumah mereka kelmarin, sebagai langkah bagi mengelak denda pihak berkuasa Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua keluarga Palestin di bandar Baitulmaqdis bertindak merobohkan rumah mereka kelmarin, sebagai langkah bagi mengelak denda pihak berkuasa Israel.

Lapor portal Quds Press, keluarga Shawamra dan Abu Rumaila meruntuhkan rumah mereka di bandar Beit Hanina, utara Baitulmaqdis, yang dibina lebih daripada 17 tahun lalu.

Pada bulan Januari, Mahkamah Agung Israel memutuskan bahawa tanah di kawasan itu adalah milik persatuan peneroka haram Yahudi.

Pada hari Selasa, keluarga Palestin lain di bandar Silwan meninggalkan kediaman mereka dan bertindak merobohkannya keesokan harinya selepas pihak berkuasa Israel mendakwa ia dibina tanpa persetujuan.

Bulan lalu, pihak berkuasa Israel memaksa tiga keluarga Palestin meruntuhkan rumah mereka, selain memusnahkan 15 rumah dan premis perniagaan. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky