Russia Beri Pemberontak Syria Pilihan

Russia Beri Pemberontak Syria Pilihan

Tentera Russia menawarkan laluan selamat kepada pemberontak Syria untuk keluar dari Timur Ghouta, sekali gus menetapkan syarat bagi membolehkan pembangkang menyerahkan kubu kuat yang terakhir berhampiran Damsyik kepada Presiden Bashar al-Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Russia menawarkan laluan selamat kepada pemberontak Syria untuk keluar dari Timur Ghouta, sekali gus menetapkan syarat bagi membolehkan pembangkang menyerahkan kubu kuat yang terakhir berhampiran Damsyik kepada Presiden Bashar al-Assad.

Kementerian Pertahanan Russia berkata, pemberontak dan keluarga boleh membawa bersama senjata peribadi mereka keluar menerusi satu laluan dari timur Ghouta, ketika tentera rejim disokong Kremlin semakin mara dengan serangan sengit.

Cadangan Russia itu bagaimanapun tidak menyatakan ke mana destinasi pemberontak, namun ia menyerupai persetujuan sebelum ini yang menyaksikan pemberontak menyerahkan kawasan kepada Assad dan diberikan laluan selamat ke kawasan pembangkang berhampiran sempadan Turki.

"Pusat Perdamaian Russia menjamin perlindungan pejuang pemberontak yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Timur Ghouta bersama keluarga dan senjata peribadi mereka.

Kenderaan akan disediakan dan seluruh laluan akan dilindungi," kata kenyataan kementerian itu.

Jurucakap salah satu kumpulan pemberontak utama di timur Ghouta, Failaq al-Rahman berkata, Russia mahu meningkatkan serangan dan menghalau penduduk di wilayah itu.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Russia dan Turki bakal mengadakan pertemuan di Astana, Kazakhstan, minggu depan ketika ketiga-tiga negara berkenaan mahu mengusahakan laluan menamatkan perang tujuh tahun di Syria yang makin bergolak ketika ini.

Menteri Luar Kazakhstan berkata diplomatik atasan rejim sekutu dengan Moscow dan Tehran serta penyokong pemberontak, Turki akan bermesyuarat pada 16 Mac di istana tanpa pemerhati atau pihak dari Syria

Kenyataan juga menyebut wakil khas Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura akan dijemput menghadiri pertemuan itu.

Pengumuman itu menyusul ketika tentera kerajaan Syria meneruskan bedilan ke atas kubu pemberontak di Timur Ghouta, di luar Damsyik.

Perkembangan ini turut menyaksikan misi penghantaran bantuan kemanusiaan dihentikan. - AFP/Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky