Sahabat Akan Keluarkan Kata-Kata Baik Atau Buruk: Bin Salman

Sahabat Akan Keluarkan Kata-Kata Baik Atau Buruk: Bin Salman

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyangkal komen dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mendakwa Raja Arab Saudi tidak mampu mempertahankan kedudukannya walaupun hanya untuk dua minggu tanpa sokongan tentera AS dan menuntut pemimpin itu membuat bayaran bagi langkah tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyangkal komen dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mendakwa Raja Arab Saudi tidak mampu mempertahankan kedudukannya walaupun hanya untuk dua minggu tanpa sokongan tentera AS dan menuntut pemimpin itu membuat bayaran bagi langkah tersebut.

“Saya seronok bekerja de­ngan beliau, anda tahu, anda harus menerima bahawa mana-mana sahabat akan mengeluarkan kata-kata yang baik atau buruk,” kata Putera Mohammed dalam wawancara dengan Bloomberg, semalam.

“Semua peralatan dan senjata yang diterima dari AS sudah dijelaskan bayarannya, ia bukan percuma. Jadi sejak hubungan antara kedua negara bermula, kami membeli semuanya dengan wang,” katanya.

Trump membuat komen itu pada satu perhimpunan di Mississippi, Selasa lalu.

Walaupun kata-kata itu agak keras, pentadbiran Trump menjalinkan hubungan rapat dengan Arab Saudi yang disifatkan menghalang 'impian' Iran di rantau itu.

Trump menjadikan Arab Saudi perhentian pertama dalam lawatan sulung beliau sebagai presiden ke Asia Barat tahun lalu.

Arab Saudi ialah pengeksport utama minyak dan ketua de facto OPEC, yang menerima kritikan Trump kerana menaikkan harga minyak. – REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky