Sekatan Terkini Washington Tidak Akan Mendatangkan Kesan: Hizbullah

Sekatan Terkini Washington Tidak Akan Mendatangkan Kesan: Hizbullah

Setiausaha Agung Pergerakan Muqawwamah Lubnan mengatakan bahawa sekatan terkini Amerika Syarikat dan sejumlah sekutunya Arab dari negara-neraga Teluk Parsi terhadap kepimpinan kumpulan itu tidak akan memberi kesan dan tidak akan membahayakan para pegawainya sama sekali.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Pergerakan Muqawwamah Lubnan mengatakan bahawa sekatan terkini Amerika Syarikat dan sejumlah sekutunya Arab dari negara-neraga Teluk Parsi terhadap kepimpinan kumpulan itu tidak akan memberi kesan dan tidak akan membahayakan para pegawainya sama sekali.

Syed Hassan Nasrallah yang bercakap kepada penyokongnya pada hari Jumaat menyifatkan beberapa tindakan Washington tersebut sebagai sebuah instrumen yang "baru" sambil menekankan bahawa objektif utama Washington adalah untuk menghalang orang ramai daripada mempunyai sebarang kaitan dengan gerakan Hizbullah.

Nasrallah kemudian memberi amaran bahawa beberapa pelabur dan usahawan Lubnan, yang mempunyai hubungan erat dengan Hizbollah akan menjadi sasaran akibat daripada langkah terkini Washington itu. Beliau selepas itu menyeru kerajaan negara Arab itu untuk membangunkan pelan dan rancangan yang akan melindungi ahli perniagaan tersebut daripada sekatan terbabit.

Ketua Hizbollah itu turut secara tegas menolak klasifikasi Hizbullah sebagai kumpulan teroris sambil menekankan bahwa kumpulan Muqawwamah itu terdiri dari para pejuang yang mulia.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky