Seorang Lagi Penduduk Gaza Maut, Konflik Bayangi Aidilfitri

Seorang Lagi Penduduk Gaza Maut, Konflik Bayangi Aidilfitri

Seorang pemuda Palestin yang ditembak dalam pertempuran dengan tentera Israel di sempadan Gaza meninggal dunia akibat kecederaan dialami semalam, kata Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemuda Palestin yang ditembak dalam pertempuran dengan tentera Israel di sempadan Gaza meninggal dunia akibat kecederaan dialami semalam, kata Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Ahmed al-Assi, 21, ditembak di timur Khan Yunis pada 8 Jun, menurut kenyataan kementerian.

Ia berkata, beliau cedera di kepala dan berada dalam keadaan kritikal. Sejak bantahan besar-besaran berlaku pada 30 Mac, sekurang-kurangnya 130 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel.

Sementara itu, pembunuhan dilakukan tentera Israel membayangi Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan di wilayah itu.

Kesukaran hidup akibat sekatan, konflik dan permusuhan politik dalaman juga menjejaskan perasaan dua juta penduduk di Gaza.

"Ini adalah Aidilfitri paling teruk dalam hidup saya," kata Worod al-Jamal, yang kehilangan anak lelaki berusia 15 tahun, Haitham, yang dibunuh Israel pada 7 Jun lalu.

Beliau menunjukkan sepasang jeans baru, kasut dan baju yang dibeli anaknya dua hari sebelum terkorban ditembak rejim Zionis. - AFP/Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky