Sepanyol Batal Perjanjian Jual Bom Ke Arab Saudi

Sepanyol Batal Perjanjian Jual Bom Ke Arab Saudi

Sepanyol membatalkan perjanjian penjualan sebanyak 400 bom berpandukan laser kepada Arab Saudi yang dimeterai pada 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sepanyol membatalkan perjanjian penjualan sebanyak 400 bom berpandukan laser kepada Arab Saudi yang dimeterai pada 2015.

Jurucakap Kementerian Pertahanan mengesahkan laporan radio Cadena Ser yang menyebut kerajaan baharu Sepanyol merancang untuk memulangkan sejumlah 9.2 juta Euro (RM44 juta) wang yang telah dibayar oleh Arab Saudi.

Bayaran itu dibuat untuk pembelian senjata itu di bawah perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan terdahulu.

Jurucakap berkenaan enggan mengulas lanjut namun pengumuman itu dibuat selepas serangan udara tentera pakatan Arab Saudi di Yemen pada bulan lalu yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang awam termasuk seramai 40 kanak-kanak terkorban. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky