Serangan Di Hospital Tentera, 24 Ditahan

  • News Code : 817994
  • Source : Berita Harian
Brief

Pihak berkuasa Afghanistan menahan 24 orang berhubung serangan terhadap sebuah hospital tentera di sini minggu lalu yang dipercayai angkara 'orang dalam'.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Afghanistan menahan 24 orang berhubung serangan terhadap sebuah hospital tentera di sini minggu lalu yang dipercayai angkara 'orang dalam'.

Sekurang-kurangnya 50 maut dan lebih 30 cedera dalam serangan itu yang disifatkan pihak berkuasa sebagai serangan terancang, membabitkan lima lelaki bersenjata berpakaian seperti doktor.

Timbalan Menteri Pertahanan Afghanistan, Helaludin Helal dalam sidang media berkata, pihaknya berusaha mencari bukti jika benar kakitangan hospital terbabit. "Proses agak rumit dan ia memerlukan masa," katanya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana kumpulan lelaki bersenjata itu boleh berada dalam hospital tentera terbesar Afghanistan, terletak tidak jauh dari kedutaan Amerika Syarikat (AS) serta dikawal ketat di ibu negara itu.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab, walaupun sebahagian pegawai mengatakan kumpulan itu yang berpangkalan di timur Afghanistan, tidak akan mampu melakukan serangan terancang sebegitu tanpa bantuan kumpulan lebih licik seperti rangkaian Haqqani. - Reuters


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram