Serangan Israel Bertujuan Bantu Pengganas

Serangan Israel Bertujuan Bantu Pengganas

Syria berkata bahawa serangan udara terkini tentera rejim Zionis dan 1,000 serangan mortar dan roket oleh kumpulan militan di beberapa lokasi di negara Arab itu bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Bahkan perkara itu merupakan sebuah bukti bahawa tentera rejim Israel bekerjasama dengan kumpulan pengganas yang aktif di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Syria berkata bahawa serangan udara terkini tentera rejim Zionis dan 1,000 serangan mortar dan roket oleh kumpulan militan di beberapa lokasi di negara Arab itu bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Bahkan perkara itu merupakan sebuah bukti bahawa tentera rejim Israel bekerjasama dengan kumpulan pengganas yang aktif di Syria.

Di dalam sebuah surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Majlis Keselamatan, Kementerian Luar Syria berkata bahawa serangan Israel itu dilancarkan semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukan kumpulan pengganas di Syria dan memperpanjangkan krisis di negara Arab tersebut.

"Kerajaan Republik Arab Syria sekali lagi mengulangi amarannya kepada Israel berhubung kesan serius daripada serangan mereka ke atas Syria, juga berhubung sokongan berterusan mereka kepada pertubuhan pengganas bersenjata dan penjajahan mereka ke atas wilayah Arab termasuk di Golan. (Kerajaan Arab Syria) juga menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara tersebut," tambahnya.

Kementerian itu turut mengecam serangan terkini rejim Tel Aviv yang dilancarkan daripada ruang angkasa Lubnan. Pesawat tentera rejim Zionis menyasarkan sebuah kawasan yang terletak di perkampungan Damsyik.

Surat itu turut menyatakan bahawa serangan itu berlaku serentak dengan "pelancaran lebih daripada 1,000 serangan roket dan mortar sepanjang beberapa hari lepas di kawasan kejiranan, ... di Damsyik dan dibeberapa bandar lain di mana puluhan warga awam terbunuh dan ratusan yang lain pula mengalami kecederaan."

Surat itu turut memanggil PBB dan Majlis Keselamatan untuk mengecam tindakan seperti itu dan mengambil langkah lanjut dalam rangka menghentikan perkara itu.

Menurut laporan media kerajaan, serangan terkini tentera rejim Zionis menyasarkan sebuah pusat kajian saintifik yang terletak di Jamraya.

Sepanjang beberapa tahun lepas, rejim Zionis Israel dilihat semakin kerap menyasarkan lokasi-lokasi yang terletak di dalam negara Republik Arab Syria. Kerajaan Damsyik menganggap tindakan itu diambil dalam rangka membantu elemen pengganas di negara itu.

Israel juga dilaporkan telah meyampaikan bekalan senjata kepada kumpulan militan anti-Damysik sepanjang konflik berdarah yang melanda negara Arab itu-ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky