Serangan Ke Atas Syria Adalah Pencabulan Ke Atas Undang-Undang Antarabangsa: Sweden

Serangan Ke Atas Syria Adalah Pencabulan Ke Atas Undang-Undang Antarabangsa: Sweden

Sweden yang merupakan salah sebuah daripada negara anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada hari Rabu berkata bahawa mereka menentang sebarang bentuk serangan ketenteraan ke atas Syria sambil mengingatkan pihak terbabit bahawa tindakan seperti itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sweden yang merupakan salah sebuah daripada negara anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada hari Rabu berkata bahawa mereka menentang sebarang bentuk serangan ketenteraan ke atas Syria sambil mengingatkan pihak terbabit bahawa tindakan seperti itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Ketegangan telah meningkat akibat daripada kemungkinan serangan ketenteraan di Syria dengan Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Rusia bahawa "peluru berpandu akan dilancarkan" berikutan dakwaan A.S dan sekutunya bahawa kerajaan Assad telah menggunakan senjata kimia di wilayah negara Arab itu.

"Apa yang dikehendaki dan diperlukan oleh rakyat Syria ialah keamanan dan keadilan, bukan peningkatan aktiviti ketenteraan atau ...," kata Duta Besar PBB Sweden Olof Skoog kepada wartawan.

"Biarlah perkata itu menjadi respon kepada campur tangan tentera yang dirancang pada ketika ini. Apa pun yang berlaku sekarang perlu direnanakan supaya selari dengan undang-undang antarabangsa."

Majlis Keselamatan pada hari Selasa gagal mencapai persetujuan untuk melancarkan penyiasatan berhubung penggunaan senjata kimia di Syria, dengan Rusia dan Amerika Syarikat gagal meraih sokongan buat usul saling bertentangan mereka.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky