Serangan Ke Atas Syria Adalah Sebuah Jenayah

Serangan Ke Atas Syria Adalah Sebuah Jenayah

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei mengutuk serangan udara bersama oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis ke atas Syria dan melabelkannya sebagai "jenayah". Beliau turut merujuk kepada para pemimpin dari tiga negara Barat tersebut sebagai "penjenayah."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei mengutuk serangan udara bersama oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis ke atas Syria dan melabelkannya sebagai "jenayah". Beliau turut merujuk kepada para pemimpin dari tiga negara Barat tersebut sebagai "penjenayah."

"Saya dengan jelas mengisytiharkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Presiden Perancis dan Perdana Menteri UK sebagai penjenayah ...," kata pemimpin tersebut pada hari Sabtu.

Menurut Ayatullah Khamenei, ketiga-tiga buah negara tersebut, "tidak akan mencapai apa-apa dan mahupun memperolehi sebarang faedah (daripada serangan itu) seperti mana mereka gagal mendapat perkara yang sama semenjak berada di Iraq, Syria dan Afghanistan dalam masa beberapa tahun terakhir ini. Mereka (selama ini) telah melakukan kejahatan seperti itu tetapi tidak mendapat sebarang manfaat daripadanya."

Ayatullah Khamenei berkata seperti di atas sebagai respon terhadap serangan peluru berpandu yang diselaraskan oleh A.S, Britain dan Perancis ke atas Syria pada awal hari Sabtu berikutan apa yang didakwa oleh ketiga-tiga negara Barat itu sebagai balasan ke atas serangan kimia oleh kerajaan Presiden Assad.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky