Siapa Arahkan Pembunuhan Khashoggi? : Erdogan

Siapa Arahkan Pembunuhan Khashoggi? : Erdogan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendesak Arab Saudi, hari ini, supaya mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul serta lokasi mayat beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendesak Arab Saudi, hari ini, supaya mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul serta lokasi mayat beliau.

Perkembangan itu meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Riyadh supaya jujur berhubung kes terbabit.

Erdogan berkata, Turki mempunyai lebih banyak maklumat berbanding apa yang dikongsikan, setakat ini, mengenai pembunuhan pengkritik terkenal Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Arab Saudi juga mesti mendedahkan identiti ‘kumpulan subahat tempatan’ yang didakwa pegawai Riyadh mengendalikan mayat Khashoggi, selepas pembunuhan beliau di dalam konsulat di Istanbul, 2 Oktober lalu.

“Siapa yang memberikan arahan ini? Siapa yang memberikan arahan supaya 15 orang datang ke Turki?” katanya Erdogan merujuk kepada pasukan keselamatan 15 lelaki yang menurut Turki, terbang ke Istanbul beberapa jam sebelum pembunuhan. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky