Skandal Rasuah Arab Saudi, Lebih 200 Ditahan

  • News Code : 865983
  • Source : Berita Harian
Brief

Kerajaan Arab Saudi menahan 201 individu bagi membantu siasatan penyelewengan wang dan rasuah berjumlah hampir AS$100 bilion (RM418 bilion), iaitu skandal terbesar menyelubungi negara itu setakat ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Arab Saudi menahan 201 individu bagi membantu siasatan penyelewengan wang dan rasuah berjumlah hampir AS$100 bilion (RM418 bilion), iaitu skandal terbesar menyelubungi negara itu setakat ini.

Antara yang terbabit dalam siasatan itu termasuk kerabat diraja, menteri, jutawan dan ahli perniagaan terkemuka serta individu berprofil tinggi yang dipecat hujung minggu lalu ketika Putera Mahkota Mohammed Salman mengukuhkan kuasanya.

Penahanan itu meningkatkan ketegangan serantau, serentak dengan serangan peluru berpandu dari Yaman serta krisis politik Lubnan, susulan peletakan jawatan secara mengejut oleh Perdana Menteri, Saad Hariri.

Jabatan Penerangan memetik kenyataan Peguam Negara, Sheikh Saud al-Mojeb berkata, seramai 208 individu telah dipanggil untuk disoal siasat setakat ini dan tujuh telah dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Pihak berkuasa dilaporkan turut bertindak membekukan akaun individu disyaki terbabit dan memberi amaran, sebarang aset berkaitan pertuduhan rasuah itu akan dirampas sebagai hak milik negara.

"Skandal rasuah ini berpotensi untuk berada pada skala yang amat besar.

"Hasil siasatan sejak tiga tahun lalu, kami menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM418 bilion) sudah disalah gunakan menerusi salah laku penuh sistematik sejak beberapa dekad lalu," kata kenyataan itu.

Antara terbabit dalam penahanan dan pemecatan itu termasuk ahli perniagaan jutawan, Putera Al-Waleed Talal. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram