Syria Bergerak Maju Ke Arah Kemenangan: Presiden Assad

  • News Code : 854073
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Syria, Bashar al-Assad mengatakan bahawa negaranya sedang bergerak maju ke arah kemenangan di sebalik penderitaan yang diakibatkan oleh keganasan yang ditaja oleh negara asing selama tujuh tahun di negara Arab tersebut. Beliau

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar al-Assad mengatakan bahawa negaranya sedang bergerak maju ke arah kemenangan di sebalik penderitaan yang diakibatkan oleh keganasan yang ditaja oleh negara asing selama tujuh tahun di negara Arab tersebut. Beliau membuat kenyataan itu sehari selepas tentera Rusia mengumumkan bahawa tentera kerajaan Damsyik pada ketika ini berjaya mengawal sekitar 85 peratus daripada seluruh wilayah di Syria.

Pemimpin Syria membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah pertemuan dengan para peserta yang mengambil bahagian di dalam Persidangan Kesatuan Perdagangan Antarabangsa (ITUC) yang berlangsung di ibu kota Damsyik. Persidangan itu menyaksikan penyertaan pelbagai organisasi yang datang dari sekitar 60 buah negara.

Persidangan yang dilancarkan pada hari Isnin di Kompleks Pelancongan Sahara yang terletak di kawasan pedalaman Damsyik itu bertujuan untuk membincangkan tentang kaedah dan pendekatan yang boleh diambil oleh pihak terlibat dalam mewujudkan soladiriti di antara masyarakat antarabangsa dengan negara Syria di sebalik keganasan yang berterusan di negara itu, sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kerajaan negara Barat ke atas Damsyik dan kesannya terhadap warga Syria.

Presiden Assad turut menekankan peranan penting organisasi dan kumpulan sosial yang popular dalam meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa berkaitan realiti yang wujud di Syria dan bahaya keganasan yang kini sedang menular di seluruh dunia.

Beliau juga mengecam sekatan ekonomi yang disifatkannya sebagai "tidak bermoral" oleh "kuasa-kuasa besar tertentu" yang menurutnya berusaha untuk mengawal negara-negara lain sambil mengatakan bahawa sekatan tersebut merupakan sebuah pencabulan jelas undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Syria menghadapi keganasan, tindakan ketenteraan serta perang ekonomi dan media. Akan tetapi Syria terus maju ke arah kemenangan "berkat pengorbanan angkatan tentera, keteguhan rakyat, dan sokongan negara-negara yang bersahabat," tambah Assad.

Leftenan Jeneral Aleksandr Lapin yang merupakan ketua turus kakitangan tentera Rusia di Syria pada hari Selasa mengumumkan bahawa Damsyik setakat ini telah menguasai 85 peratus daripada wilayah negara Arab tersebut. Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa pasukan Syria kini harus menghapuskan elemen kumpulan pengganas yang masih menguasai sekitar 15 peratus -27,000 kilometer persegi- daripada wilayah negara itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram