Syria Berjaya Gagalkan Perancangan Israel Dan Sekutunya Di Rantau

  • News Code : 858710
  • Source : ABNA24
Brief

Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal al-Mekdad berkata bahawa Syria berjaya menggagalkan perancangan rejim Zionis Israel dan negara Barat khususnya Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah melalui ketabahan yang mereka tunjukkan sepanjang konflik berdarah di negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal al-Mekdad berkata bahawa Syria berjaya menggagalkan perancangan rejim Zionis Israel dan negara Barat khususnya Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah melalui ketabahan yang mereka tunjukkan sepanjang konflik berdarah di negara Arab itu.

Faisal al-Mekdad membuat kenyataan tersebut di dalam pertemuan bersama dengan para pelajar universiti di Damsyik pada hari Jumaat semalam (6/10/17). Beliau berkata bahawa kemenangan yang dikecapi oleh tentera Syria dan sekutunya merupakan sebuah kemenangan buat semua pihak yang bangkit menentang kejahatan dan pelan kuasa besar yang berhasrat untuk menyebarkan hegemoni mereka ke atas seluruh bangsa di dunia ini.

"Apa yang berlaku di Syria adalah sebuah konspirasi Zionis yang dilaksanakan oleh negara-negara Barat dan para penyokong mereka," kata Faisal al-Mekdad.

"Di sebalik kenyataan bahawa pihak A.S secara terang-terangan menjalinkan kerjasama dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh, tentera Syria tetap berjaya meraih kejayaan di wilayah timur (negara Arab itu)," tambah beliau.

Beliau turut menyentuh berhubung serangan pakatan pimpinan A.S di Syria yang menurutnya setiap hari membunuh warga awam dan memusnahkan infrastruktur negara Arab itu melalui pengeboman mereka.

A.S melancarkan serangan di dalam wilayah Syria tanpa mendapat sebarang mandat daripada Damsyik ataupun PBB. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram