Syria Gesa Majlis Keselamatan Kecam Tindakan Israel Menyerang Palmyra

  • News Code : 818462
  • Source : ABNA24
Brief

Kementerian Luar Syria telah menghantar 2 pucuk surat kepada Majlis Keselamatan PBB pada hari Jumaat. Mereka menggesa badan tersebut untuk mengecam Israel berhubung tindakan Tel Aviv mencabul kedaulatan Syria dan menyerang bandar purba Palmyra.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Syria telah menghantar 2 pucuk surat kepada Majlis Keselamatan PBB pada hari Jumaat. Mereka menggesa badan tersebut untuk mengecam Israel berhubung tindakan Tel Aviv mencabul kedaulatan Syria dan menyerang bandar purba Palmyra.

Tentera kerajaan Syria pada hari Jumaat berkata bahawa mereka telah menembak jatuh salah sebuah daripada empat buah pesawat tempur Israel yang dilaporkan telah mencerobohi ruang udara Syria dan menyasarkan salah sebuah daripada unit ketenteraan Damsyik yang ditempatkan berdekatan bandar Palmyra. Tentera rejim itu walau bagaimanapun memberitahu media bahawa tiada pesawatnya yang ditembak jatuh.

"Syria menyeru Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan untuk mengecam tindakan agresif Israel yang dilakukan secara terang-terangan sekaligus menekan mereka supaya berhenti membantu kegasanan di Syria dan mengimplementasikan kesemua resolusi Majlis Keselamatan yang diambil di dalam usaha menangani keganasan, termasuk resolusi No. 2253, berundur dari keseluruhan kawasan Tebing Golan yang didudukinya berdasarkan garis sempadan yang wujud sehingga 4 Jun 1967 dan juga mengimplementasikan resolusi No. 497...," kata kementerian itu yang dinukilkan oleh agensi berita SANA.

Pada Disember lepas, Syria mendakwa bahawa mereka berjaya menjatuh sebuah pesawat tanpa juruterbang di wilayah Qunietra. IDF walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram