Syria Lancar Peluru Berpandu Ke Atas Pesawat Tempur Israel

  • News Code : 870488
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera Syria melancarkan sekurang-kurangnya empat buah peluru berpandu darat ke udara dengan menyasarkan pesawat perang rejim Israel berikutan tindakan rejim tersebut menyerang sebuah sasaran yang terletak di sebuah perkampungan di barat Damsyik, baca laporan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria melancarkan sekurang-kurangnya empat buah peluru berpandu darat ke udara dengan menyasarkan pesawat perang rejim Israel berikutan tindakan rejim tersebut menyerang sebuah sasaran yang terletak di sebuah perkampungan di barat Damsyik, baca laporan.

Agensi berita al-Masdar yang menukilkan seorang sumber sebagai berkata bahawa peluru berpandu anti-pesawat Syria dilancarkan dari Pangkalan Udara Mezzeh yang terletak di kawasan pedalaman Damsyik pada awal hari Sabtu.

Sumber turut berkata bahawa pesawat tempur Israel itu sedang melakukan penerbangan beraltitud rendah di ruang angkasa wilayah Lubnan yang terletak berhampiran dengan kawasan sempadan Lubnan-Syria ketika peluru berpandu itu dilancarkan.

Agensi berita itu yang menukilkan seorang sumber tentera yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa beberapa peluru berpandu Israel telah dilancarkan ke atas depot simpanan senjata divisyen pertama tentera Syria di kawasan pedalaman Damsyik. Sumber turut menambah bahawa pasukan pertahanan udara Syria berjaya menangkis beberapa buah peluru berpandu Israel sebelum peluru berpandu itu mengenai sasarannya.

Akan tetapi, beberapa buah peluru berpandu Israel berjaya mengenai sasaran mereka sekaligus menyebabkan letupan yang sangat kuat berdekatan dengan bandar Kesweh dan Sahnaya, tambah sumber itu.

Rejim Israel sepanjang beberapa tahun lepas telah melancarkan serangan berkali-kali ke atas beberapa sasaran di bumi Syria. Serangan-serangan tersebut dikecam keras oleh Damsyik yang menganggapnya sebagai upaya Tel Aviv untuk memperkasakan kumpulan pengganas yang aktif di negara Arab itu.

Pada 7 September lalu, dua orang anggota tentera Syria dilaporkan terbunuh selepas pesawat tentera rejim Israel melancarkan serangan ke atas sebuah kedudukan tentera Arab Syria di wilayah Hama beberapa hari selepas tentera Damsyik berjaya memecahkan kepungan kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas bandar Deir ez-Zour.

Di dalam beberapa insiden yang lain, tentera Syria juga berjaya merampas persenjataan pengganas yang dibuat di Israel. Israel juga diketahui telah membekalkan rawatan perubatan kepada anggota kumpulan pelampau yang beroperasi di Syria. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram