Syria Pintas 71 daripada 103 Buah Peluru Berpandu A.S, Britain Dan Perancis

Syria Pintas 71 daripada 103 Buah Peluru Berpandu A.S, Britain Dan Perancis

Pegawai ketenteraan Amerika Syarikat, Syria dan Rusia mengatakan bahawa lebih daripada 100 buah peluru berpandu peluru berpandu telah dilancarkan ke atas Syria pada hari Sabtu oleh A.S, Perancis dan Britain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pegawai ketenteraan Amerika Syarikat, Syria dan Rusia mengatakan bahawa lebih daripada 100 buah peluru berpandu peluru berpandu telah dilancarkan ke atas Syria pada hari Sabtu oleh A.S, Perancis dan Britain.

Tentera Rusia pada hari Sabtu berkata bahawa tiga negara Barat tersebut telah melancarkan sebanyak 103 buah peluru berpandu cruiser termasuk Tomahawk ke arah Syria. Akan tetapu, menurut Rusia, sistem pertahanan udara Syria berjaya memintas 71 daripada peluru berpandu yang sebelum ini didakwa oleh Presiden Trump sebagai peluru yang lebih "pintar dan baharu."

"Secara keseluruhan, sebanyak 103 buah peluru berpandu cruiser telah dilancarkan," kata pegawai kanan tetnera RUsia, Sergei Rudskoi pada sebuah taklimat di Moscow. "Tujuh puluh satu peluru berpandu telah dipintas," tambahnya.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Rusia berkata, tentera Syria telah bejaya menembak jatuh "sejumlah besar" peluru berpandu itu sambil menekankan bahawa sistem pertahanan peluru berpandu Rusia sama sekali tidak terlibat di dalam operasi pemintasan peluru berpandu kuasa Barat itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky