Syria Pintas Peluru Berpandu Israel

Syria Pintas Peluru Berpandu Israel

Tentera Syria berkata bahawa sistem pertahanan udara mereka berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim Israel ke atas sasaran tentera berhampiran ibu kota Damsyik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria berkata bahawa sistem pertahanan udara mereka berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim Israel ke atas sasaran tentera berhampiran ibu kota Damsyik.

Di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan oleh media kerajaan pada hari Rabu, pihak tentera berkata bahawa pesawat tentera rejim Israel telah menggunakan ruang udara Lubnan untuk melancarkan serangan tersebut.

Bunyi letupan yang kuat didengari di Damsyik pada jam 3.30 pagi mengikut waktu tempatan.

"Sistem pertahanan udara kami berjaya menghalang dan memusnahkan kebanyakan daripada roket itu," baca kenyataan itu.

"Pusat pemerintah umum angkatan tentera menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang akibat berbahaya yang mungkin timbul berikutan tindakan agresif dan semberono yang kerap berulang," tambah kenyataan itu.

Tindakan agresif terkini tentera rejim Israel menyasarkan sebuah pusat kajian saintifik di Jamraya, lapor media kerajaan.

Sepanjang beberapa tahun lepas, Israel semakin kerap menyasarkan posisi tentera di Syria. Damsyik menganggap tindakan itu dibuat untuk menyokong elemen pengganas di negara itu yang semakin melemah.

Israel juga dilaporkan telah memberikan bekalan senjata kepada militan anti-Damysik sepanjang konflik di negara Arab itu. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky