Syria Sangkal Tuduhan Berhubung "Pusat Krematorium" Oleh Washington

  • News Code : 830153
  • Source : ABNA24
Brief

Syria menyangkal secara mutlak dakwaan Washington yang menuduh Damsyik telah membina sebuah pusat krematorium di salah sebuah penjara yang dikawal mereka dalam rangka membakar ribuan jasad tahanan yang telah dibunuh. Damsyik berkata bahawa dakwaan tidak berasas Washington itu umpama sebuah kisah "Hollywood" yang dibuat-buat untuk mewajarkan dasar campur tangan mereka dalam hal ehwal dalaman negara Arab tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Syria menyangkal secara mutlak dakwaan Washington yang menuduh Damsyik telah membina sebuah pusat krematorium di salah sebuah penjara yang dikawal mereka dalam rangka membakar ribuan jasad tahanan yang telah dibunuh. Damsyik berkata bahawa dakwaan tidak berasas Washington itu umpama sebuah kisah "Hollywood" yang dibuat-buat untuk mewajarkan dasar campur tangan mereka dalam hal ehwal dalaman negara Arab tersebut.

"Kerana ia merupakan kebiasaan pentadbiran A.S untuk mereka-reka pembohongan serta tuduhan dalam rangka mewajarkan dasar agresif dan campur tangan mereka di negara-negara berdaulat yang lain, setiap (kenyataan) yang keluar dari pentadbiran Amerika umpama filem Hollywood terkini yang terpisah daripada realiti sebenar," kata Kementerian Luar Syria di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita SANA pada hari Selasa.

Komen kementerian itu dibuat sehari selepas Jabatan Negara A.S menuduh kerajaan Syria membakar jasad tahanan yang dibunuh tanpa penghakiman di penjara tentera Saydnaya yang terletak sekitar 30 kilometer dari bandar Damsyik. Mereka menukilkan sumber-sumber perisikan dan agensi-agensi kemanusiaan yang "kredibel" ketika membuat dakwaan tersebut. Washington menuduh Damsyik cuba untuk menutup berita pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan oleh mereka dengan membakar mayat-mayat mangsa.

Washington turut mengedarkan sekeping gambar satelit yang bertarikh April 2017 yang menurut mereka menunjukkan kompleks penjara Saydnaya. Di dalam gambar itu, Washington melabelkan salah sebuah bangunan terletak di komples itu sebagai pusat "krematorium yang disyaki."

Syria pada masa lalu menyangkal sebarang bentuk penganiayaan di Saydnaya. Pada awal tahun ini, Damsyik menolak dakwaan tidak berasas Amnersty International yang melaporkan tentang penggantungan tahanan secara beramai-ramai di penjara itu.

Kerajaan Syria telah memerangi pelbagai kumpulan militan dan pengganas yang ditaja oleh kuasa asing sejak tahun 2011. Wakil khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura pula menganggarkan bahawa lebih daripada 400,000 manusia telah terkorban sejak permulaan krisis di negara Arab itu. -ABNA24

315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram