Syria Tidak Akan Pernah Lupakan Pengorbanan Iran

  • News Code : 858669
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata bahawa negaranya tidak akan pernah melupakan pengorbanan Republik Islam Iran yang membantu negara Arab tersebut menghadapi krisis militansi dan keganasan antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata bahawa negaranya tidak akan pernah melupakan pengorbanan Republik Islam Iran yang membantu negara Arab tersebut menghadapi krisis militansi dan keganasan antarabangsa.

Menurut Press TV, Presiden Syria itu membuat kenyataan tersebut ketika bertemu dengan penggubal undang-undang kanan Iran, Alaeddin Boroujerdi di Damsyik pada hari Khamis. Beliau turut mengatakan bahawa situasi di lapangan baru-baru ini menunjukkan bahawa keadaan sekarang memihak kepada gerakan 'muqawwamah' di rantau itu.

"Perkembangan ini telah memperkasakan dan meningkatkan kemampuan gerakan Muqawwmah," kata beliau kepada Boroujerdi yang juga merupakan pengerusi kepada Majlis Keselamatan Negara dan Polisi Luar Negara Parlimen Iran.

Presiden Syria turut menegaskan bahawa terdapat keperluan yang mendesak supaya kerjasama pelbagai yang lebih rapat diwujukan di dalam barisan gerakan 'Muqawwamah' khususnya dalam lapangan ekonomi.

Iran mula menghantar penasihat ketenteraan dan pelbagai bantuan lain ke Damsyik setelah mendapat permintaan kerajaan sah di Syria.

Syria berhadapan dengan keganasan antarabangsa yang disokong oleh rejim serantau dan kuasa besar yang mahu melemahkan barisan 'Muqawwamah. -ABNA24

/315



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram