Tahanan Korupsi Ditahan Di Hotel 5 Bintang

  • News Code : 865624
  • Source : Snar Harian
Brief

Laporan Reuters dan Wall Street Journal mengatakan putera dan pegawai tinggi kerajaan yang ditahan atas dakwaan korupsi didakwa tinggal di hotel lima bintang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Laporan Reuters dan Wall Street Journal mengatakan putera dan pegawai tinggi kerajaan yang ditahan atas dakwaan korupsi didakwa tinggal di hotel lima bintang.

CNN bagaimanapun gagal mengesahkan dakwaan tersebut kerana pemilik hotel, Marriott tidak memberikan kenyataan susulan.

CNN mendakwa, laman web tempahan menunjukkan hotel Ritz-Carlton di Riyadh tidak boleh ditempah sehingga akhir November.

Ketika ditanya, pekerja Ritz-Carlton mengatakan tempahan hanya boleh dibuat bermula 1 Disember depan.

Orang ramai mula membuat spekulasi mengenai penempatan tahanan di Ritz-Carlton selepas timbul tweet yangmengatakan tetamu dihalau dan komunikasi dengan hotel tersebut diputuskan.

"Disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan, talian telefon dan internet telah diputuskan hingga notis seterusnya," kata laman hotel tersebut.

Akhir minggu lepas, seramai 17 putera Arab Saudi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan ditahan atas dakwaan korupsi oleh satu suruhanjaya.

Suruhanjaya anti-korupsi yang baharu ditubuhkan tersebut dan diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed Salman diberikan kuasa untuk menyiasat, menahan, melarang tertuduh ke luar negara dan membekukan aset mereka yang didakwa terlibat dalam korupsi.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram