Taliban Bunuh 19 Polis Sebelum Umum Gencatan Senjata

Taliban Bunuh 19 Polis Sebelum Umum Gencatan Senjata

Sekurang-kurangnya 19 anggota polis Afghanistan terbunuh hari ini dalam satu serbuan oleh Taliban di pangkalan tentera di wilayah utara Kunduz, bebarapa jam sebelum kumpulan militan tersebut mengumumkan gencatan senjata bermula minggu depan, kata pegawai.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 19 anggota polis Afghanistan terbunuh hari ini dalam satu serbuan oleh Taliban di pangkalan tentera di wilayah utara Kunduz, bebarapa jam sebelum kumpulan militan tersebut mengumumkan gencatan senjata bermula minggu depan, kata pegawai.

Taliban mengaku bertanggungjawan terhadap serangan itu yang dilancarkan sehari selepas pemberontak menyerbu pangkalan tentera di wilayah barat Herat, sekali gus membunuh 17 askar Afghanistan.

Menurut jurucakap Gabenor Wilayah Kunduz, Nehmatullah Taimuri berkata, lima anggota pasukan polis tempatan turut tercedera dalam serangan ke atas pangkalan polis di daerah Qal-e-Zal, hari ini.

Jurucakap polis daerah, Enhamuddin Rahmani mengesahkan jumlah kematian selain berkata lapan pejuang militan turut terkorban. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky