Tentera A.S Berisiko Jadi Sasaran Kempen Tentera Turki Di Syria

Tentera A.S Berisiko Jadi Sasaran Kempen Tentera Turki Di Syria

Turki memberi amaran bahawa tentera Amerika Syarikat berisiko untuk menjadi sasaran kempen ketenteraan mereka di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki memberi amaran bahawa tentera Amerika Syarikat berisiko untuk menjadi sasaran kempen ketenteraan mereka di Syria.

Turki telahpun melancarkan kempen ketenteraan mereka ke atas militan Kurdis yang disokong oleh Washington di negara Arab Syria.

Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag pada hari Ahad memberitahu CNN-Turk bahawa tentera A.S di negara itu mungkin akan terperangkap di dalam pertempuran di antara Ankara dan pihak Kurdis jiakalu mereka muncul dengan memakai uniform kumpulan militan Kurdis (YPG).

"Jika mereka muncul menentang kami dengan uniform seperti itu, kami akan menganggap mereka sebahagian daripada pengganas," kata Bozdag.

Bozdag turut berkata bahawa Ankara tidak mahu bertempur dengan tentera Amerika Syarikat. "Kami tidak mahu sebarang pertempuran dengan A.S di Manbij, timur Eufrat dan di mana-mana tempatpun."

Di dalam kenyataannya, beliau turut memberi ancaman bahawa Ankara mungkin akan meluaskan operasinya ke atas YPG dengan meliputi kawasan Manbij dan timur Eufrat. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky