Tentera Iraq Tawan Semula Stesen Kereta Api Mosul

  • News Code : 817752
  • Source : Berita Harian
Brief

Tentera Iraq merampas kembali stesen kereta api Mosul yang pernah menjadi antara hab utama kereta api di negara itu tetapi tidak beroperasi sejak ditawan kumpulan pengganas Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Iraq merampas kembali stesen kereta api Mosul yang pernah menjadi antara hab utama kereta api di negara itu tetapi tidak beroperasi sejak ditawan kumpulan pengganas Daesh.

Tentera Iraq melancarkan operasi besar untuk menawan kembali barat Mosul daripada Daesh bulan lalu selepas mara dari selatan dan menguasai beberapa kejiranan serta lokasi penting, termasuk beberapa ibu pejabat kerajaan dan muzium Mosul yang terkenal.

Dalam satu kenyataan, komander polis persekutuan, Leftenan Raed Shakir Jawdat, berkata pasukannya menawan stesen kereta api dan sebuah stesen bas berhampiran, kedua-duanya di barat daya bandar Lama Mosul.

"Stesen itu adalah koridor utama dari utara ke selatan dan membawa barangan dari Turki ke Syria serta ke Baghdad dan Basra," kata Ketua Pengarah syarikat kereta api kerajaan Iraq, Salam Jabr Saloom kepada AFP.

Ekoran kepentingannya, stesen itu terdedah kepada banyak serangan pengganas sebelum kemasukan Daesh, kata Saloom. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram