Tentera Pakatan Pimpinan A.S Bedil Posisi Tentera Syria

Tentera Pakatan Pimpinan A.S Bedil Posisi Tentera Syria

Pesawat tempur pakatan yang diketuai Amerika Syarikat telah menyasarkan beberapa kedudukan tentera Arab Syria di wilayah timur Dayr al-Zawr di negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pesawat tempur pakatan yang diketuai Amerika Syarikat telah menyasarkan beberapa kedudukan tentera Arab Syria di wilayah timur Dayr al-Zawr di negara Arab itu.

"Beberapa posisi ketenteraan kami, di antaranya Albu Kamal dan Hmeimeh diserang pada pagi ini dalam serangan yang dilancarkan oleh pesawat tempur tentera gabungan pimpinan Amerika Syarikat," kata agensi berita rasmi Syria, SANA yan memetik sumber ketenteraan..

Sumber itu menambah bahawa tiada kecederaan dilaporkan akibat daripada serangan itu. Insiden itu yang hanya menyebabkan "kerosakan material."

Tentera gabungan pimpinan A.S telah melakukan serangan udara di bumi Syria atas alasan memerangi keganasan negara Arab itu sejak September 2014 tanpa mendapat sebarang mandat daripada pemerintah Damsyik mahupun PBB.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky