Tentera Syria Bebaskan Kawasan Eastern Ghouta Daripada Pengganas

Tentera Syria Bebaskan Kawasan Eastern Ghouta Daripada Pengganas

Tentera Syria telah melancarkan operasi lapangan ke atas kumpulan pengganas Jabhat al-Nusra dan kumpulan yang lain di kawasan Eastern Ghouta dalam rangka membebaskan beberapa kawasan daripada cengkaman anggota pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria telah melancarkan operasi lapangan ke atas kumpulan pengganas Jabhat al-Nusra dan kumpulan yang lain di kawasan Eastern Ghouta dalam rangka membebaskan beberapa kawasan daripada cengkaman anggota pengganas.

Saluran berita berbahasa Arab, Al-Alam Arab yang berpusat di Iran melaporkan berhubung pembebasan kawasan Nashabeya, Hazrma dan Bukit Farzat oleh tentera Syria pada hari Ahad.

Mereka turut Ia melaporkan bahawa tentera tentera Syria telah meneruskan kemaraan di al-Zariqiya selepas para pengganas melarikan diri dari kawasan tersebut.

Kempen terbaharu ini bertujuan untuk membebaskan kawasan kejiranan yang dikuasai oleh pengganas Takfiri di kawasan pinggir bandar ibu kota Damsyik.

Operasi itu dilancarkan sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan sebuah resolusi yang menuntut pihak terbabit untuk mematuhi gencatan senjata selama 30 hari di seluruh Syria untuk membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan pemindahan para pesakit.

Gencatan senjata walaubagaimanapun tidak merangkumi untuk operasi membasmi Daesh, al-Qaeda dan Jabhat al-Nusra bersama dengan mana-mana "individu, kumpulan, sebarang usaha dan entiti" yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky