Tentera Syria Bebaskan Stesen Janakuasa Deir ez-Zour

  • News Code : 853451
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera tentera Syria yang dibantu oleh para pejuang sekutu daripada kumpulan pertahanan awam telah berjaya merampas kembali kawalan ke atas stesen janakuasa di yang terletak di bandar Deir ez-Zour.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera tentera Syria yang dibantu oleh para pejuang sekutu daripada kumpulan pertahanan awam telah berjaya merampas kembali kawalan ke atas stesen janakuasa di yang terletak di bandar Deir ez-Zour. Kejayaan itu merupakan kemenangan penting bagi Damsyik yang sedang berusaha untuk menghalau keluar kumpulan pengganas Takfiri Daesh daripada bandar strategik yang terletak di bahagian timur negara Arab tersebut.

Tentera kerajaan Damsyik dan sekutu mereka berjaya merampas kembali kawalan ke atas kemudahan yang terletak di arah barat dari pangkalan udara Deir ez-Zourr pada hari Ahad selepas pertempuran sengit dengan para anggota kumpulan pengganas Daesh, lapor media pro-kerajaan dan agensi berita berbahasa Arab, al-Masdar.

Selain daripada itu, tentera Syria juga berjaya merampas kembali kawalan ke atas lebuh raya yang menghubungkan Deir ez-Zour dan bandar Sukhnah. Mereka juga berjaya meneruskan kemaraan di pangkalan udara Briged 137 dan daerah al-Panorama. Angka korban dan kecederaan yang direkodkan bagi pengganas Daesh serta jumlah perkakasan ketenteraan mereka yang dimusnahkan adalah amat tinggi.

Perkembangan ini berlaku beberapa hari selepas tentera Syria dan pejuang pro-kerajaan berjaya memecahkan kepungan berusia tiga tahun kumpulan Takfiri Daesh ke atas bandar Deir ez-Zour yang kaya dengan minyak itu. Tentera Rusia juga dilaporkan turut memberikan sokongan udara di dalam operasi tentera Damsyik. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram