Tentera Syria Buat Persiapan Untuk Rampas Semula Bandar Deir ez-Zour Secara Keseluruhan

  • News Code : 853724
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera Syria dan sekutunya dilaporkan sedang membuat persiapan sebelum melancarkan sebuah operasi besar-besaran untuk membebaskan bahagian timur bandar Deir ez-Zour dari cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria dan sekutunya dilaporkan sedang membuat persiapan sebelum melancarkan sebuah operasi besar-besaran untuk membebaskan bahagian timur bandar Deir ez-Zour dari cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

"Pasukan bantuan yang besar dan lengkap dengan peralatan berkaitan serta kenderaan tentera telah tiba di Deir ez-Zour menjelang pelancaran operasi menghalau keluar pengganas Daesh dari kawasan kejiranan yang terletak di timur bandar itu," kata ketua pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman pada hari Isnin sambil menambah bahawa "Pesawat Rusia dan Syria juga sedang giat melancarkan serangan ke atas kedudukan Daesh di bandar tersebut dan di kawasan sekitarnya."

Para anggota tentera Syria dan pejuang pro-kerajaan pada hari Ahad lalu juga telah berjaya menawan semula stesen kuasa bandar Deir ez-Zour yang terletak di arah barat dari pangkalan udara bandar tersebut selepasn pertempuran sengit dengan anggota kumpulan pengganas Daesh.

Selain daripada itu, tentera Syria juga berjaya merampas kawalan ke atas lebuh raya yang menghubungkan bandar Deir ez-Zour dan bandar Sukhnah. Mereka turut membuat kemajuan di kem Briged 137 dan di daerah Panorama. Jumlah pengganas Daesh yang terbunuh dan cedera semasa operasi tersebut dilaporkan amat tinggi. Turut dimusnahkan adalah perkakasan ketenteraan mereka.

Tentara Syria dan para pejuang pro-Damsyik sebelum ini berjaya memecahkan kepungan yang berusia hampir tiga tahun oleh Daesh (IS/ISIS) ke atas pangkalan udara Deir ez-Zour.

Tentera kerajaan Syria dan sekutu mereka pada 8 September lalu telah melancarkan operasi baharu untuk memecahkan kepungan Daesh ke atas pangkalan tentera udara bandar Deir ez-Zour sebagai sebahagian daripada operasi menyeluruh mereka untuk merebut kembali bandar tersebut secara keseluruhan. Deir ez-Zour yang terletak sekitar 450 kilometer di arah timur laut dari ibu kota Damsyik merupakan salah sebuah wilayah Syria yang kaya dengan minyak.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Isnin mengumumkan bahawa unit pemusnah periuk api mereka yang terdiri daripada 40 orang pakar dan peralatan khas telahpun dihantar ke Pangkalan Udara Hmeimim yang terletak bandar Latakia. Mereka kemudinnya akan dihantar ke bandar Deir ez-Zour "di dalam masa yang terdekat." -ABNA24

/315








Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram