Tentera Syria Tawan Semula Medan Telaga Minyak Di Deir ez-Zour

  • News Code : 853243
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera Arab Syria dan sekutunya daripada kumpulan pertahanan awam dilaporkan telah berjaya merampas kembali kawalan ke atas sebuah medan telaga minyak yang terletak berdekatan bandar Deir ez-Zour daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada hari Sabtu, lapor media milik kerajaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Arab Syria dan sekutunya daripada kumpulan pertahanan awam dilaporkan telah berjaya merampas kembali kawalan ke atas sebuah medan telaga minyak yang terletak berdekatan bandar Deir ez-Zour daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada hari Sabtu, lapor media milik kerajaan.

Tentera kerajaan yang sebelum ini berjaya memecahkan kepungan berusia tiga tahun kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas bandar Deir ez-Zour juga dilaporkan giat meneruskan kemaraan mereka dalam rangka memecahkan kepungan ke atas sebuah pangkalan udara yang terletak di wilayah yang sama.

Menurut laporan televisyen kerajaan, angkatan tentera negara Arab itu yang turut disertai dengan sekutu mereka berjaya merampas medan telaga minyak Teym yang terletak di sebuah selatan bandar Deir ez-Zour. Bandar tersebut merupakan salah sebuah wilayah Syria yang kaya dengan sumber bahan bakar itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram