Tentera Yaman Sasar Peluru Berpandu Ke Dalam Wilayah Arab Saudi

  • News Code : 870202
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera Yaman yang didukung oleh para pejuang Ansarullah Houthi telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana ke atas sebuah sasaran tentera di Arab Saudi sekaligus menandakan serangan kedua seperti itu di dalam bulan ini selepas pihak berkuasa Yaman mengancam untuk membalas tindakan Riyadh yang mengenakan sekatan ke atas negara miskin itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Yaman yang didukung oleh para pejuang Ansarullah Houthi telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana ke atas sebuah sasaran tentera di Arab Saudi sekaligus menandakan serangan kedua seperti itu di dalam bulan ini selepas pihak berkuasa Yaman mengancam untuk membalas tindakan Riyadh yang mengenakan sekatan ke atas negara miskin itu.

Seorang sumber tentera yang tidak dinamakan memberitahu rangkaian televisyen al-Masirah pada hari Khamis bahawa peluru berpandu buatan tempatan itu mengenai sasarannya yang terletak di Arab Saudi pada awal hari yang sama tanpa menyatakan sasaran tersebut secara rinci.

Tiada sebarang laporan segera yang dibuat berhubung jumlah kematian ataupun kemusnahan perkakasan yang dibuat selepas daripada serangan itu.

Saudi Press Agency walaubagaimanapun melaporkan bahawa tentera negara monnarki mutlak itu telah berjaya memintas sebuah peluru berpandu balistik dari Yaman di ruang angkasa bandar Khamis Mushait yang terletask di wilayah Asir.

"Peluru berpandu itu dimusnahkan tanpa sebarang kerugian (harta benda atau nyawa)," nukil agensi berita daripada Turki al-Maliki yang merupakan jurucakap kepada pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi itu.

Pada 5 November lepas, tentera Yaman berjaya melancarkan peluru berpandu Scud-Type Borkan-2 (Volcano-2) ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid yang terletak 35 kilometer daripada utara ibu kota Riyadh. Serangan itu dibuat sebagai tindak balas Sana'a ke atas sekatan pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi ke atas negara tersebut.

Berikutan daripada serangan itu, Arab Saudi telah mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas kesemua lapangan terbang dan pelabuhan-pelabuhan Yaman sebagai langkah untuk meningkatkan tekanan ke atas warga Yaman yang sangat memerlukan bantuan melalui bandar pelabuhan Hudaydah dan lapangan terbang antarabangsa Sana'a.

Rejim Arab Saudi mula melancarkan serangan ganas mereka ke atas Yaman pada Mac 2015 dalam rangka untuk mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi yang merupakan sekutu kuat Riyadh di negara itu. Riyadh juga berhasrat untuk menghancurkan gerakan Ansarullah Houthi yang kini menguasai kebanyakan daripada wilayah Yaman termasuk ibu kota Sana'a.

Kempen ganas yang dikritik oleh pelabagai pihak itu setakat ini gagal mencapai matlamatnya dan memberikan publisiti yang buruk ke atas Riyadh dan sekutu mereka.

Sepanjang dua tahun lepas, gerakan Houthi mula memegang tampuk urusan negara dan melindungi warga Yaman daripada keganasan Arab Saudi dan sekutu mereka.

Pakatan Arab Saudi yang tidak memiliki sebarang mandat antarabangsa termasuk PBB kini menghadapi kritikan yang semakin menggunung akibat daripada tindakan mereka melancarkan serangan ke atas Yaman. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram