Tetap Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis

Tetap Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis

Menteri Luar Guatemala menegaskan semalam, rancangan Presiden Jimmy Morales untuk memindahkan kedutaan negara di Israel ke Baitulmaqdis akan diteruskan dan meminta pengkritik untuk menghormati keputusan negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Guatemala menegaskan semalam, rancangan Presiden Jimmy Morales untuk memindahkan kedutaan negara di Israel ke Baitulmaqdis akan diteruskan dan meminta pengkritik untuk menghormati keputusan negara itu.

"Ini keputusan yang sudah dibuat. Ia tidak akan ditarik balik," kata Sandra Jovel kepada wartawan ketika upacara memperingati berakhirnya perang saudara Guatemala pada 1996.

"Pemerintah Guatemala sangat menghormati keputusan yang diambil oleh negara lain, dan memandangkan kami menghormati keputusan itu, kami percaya orang lain juga harus menghormati keputusan Guatemala," tambahnya sebagai maklum balas terhadap kritikan termasuk oleh rakyat Palestin.

Ahad lalu, Morales tanpa disangka mengumumkan pemindahan kedutaan dari Tel Aviv ke Israel di media sosial, selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) mengutuk langkah serupa oleh Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman itu menjadikan Guatemala negara pertama mengikut keputusan kontroversi Amerika Syarikat membabitkan bandar suci itu.

Israel mendakwa seluruh Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, sementara Palestin menganggap timur Baitulmaqdis sebagai ibu kota yang bakal diduduki mereka.

Morales, mempertahankan keputusannya, mengatakan Israel sebagai sekutu dan dari segi sejarahnya, Guatemala ialah negara yang proIsrael. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky