Tragedi Gaza Percepatkan Kemusnahan Israel: IRGC

Tragedi Gaza Percepatkan Kemusnahan Israel: IRGC

Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) secara keras mengutuk tindakan jenayah terkini rejim Israel yang membunuh beberapa orang warga Palestin ketika mereka menyertai demonstrasi besar-besaran yang menentang pendudukan rejim Tel Aviv ke atas tanah air mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) secara keras mengutuk tindakan jenayah terkini rejim Israel yang membunuh beberapa orang warga Palestin ketika mereka menyertai demonstrasi besar-besaran yang menentang pendudukan rejim Tel Aviv ke atas tanah air mereka.

IRGC juga menjanjikan sokongan penuh buat rakyat Palestin dalam rangka membantu mereka memperolehi hak mereka yang sebelum ini dirampas oleh pihak Zionis Israel dan sekutu mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, IRGC turut menggambarkan sebarang usaha untuk menyediakan kestabilan dan keamanan untuk rejim Israel sebagai "tidak sah dan mustahil".

Tidak syak lagi, negara-negara Islam menganggap kejatuhan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di rantau ini sebagai permulaan untuk mereka dalam memberikan perhatian yang lebih besar ke atas perjuangan Palestin. Sementara itu, warga Palestin dengan dalam demonstrasi terkini telahpun menyampaikan mesej kepada dunia bahawa mereka akan sentiasa berdiri di barisan hadapan di dalam perjuangan tersebut, tambah kenyataan itu.

"Kor Pengawal Revolusi Islam, sebagai tangan kanan negara Iran akan berusaha habis-habisan untuk membantu umat Islam di Palestin dan akan terus mengaktifkan segala kapasiti yang ada untuk memulihkan hak bangsa Palestin," kata kenyataan itu lagi.

Sekurang-kurangnya 17 warga Palestin kehilangan nyawa mereka dan lebih daripada 1,400 orang yang lain mengalami kecederaan ketika pasukan tentera Israel melepaskan tembakan ke atas ribuan penunjuk perasaan yang telah berkumpul di sekitar pagar sempadan antara Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki pada hari Jumaat.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menganggap rejim Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian para penunjuk perasaan Palestin dan beliau turut menyeru komuniti antarabangsa untuk segera melakukan campur tangan dalam rangka "melindungi" rakyat Palestin daripada "pencerobohan harian Israel".



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky