Trump Bakal Umumkan "Perjanjian Abad Ini": Syed Hassan Nasrallah

Trump Bakal Umumkan

Setiausaha Agung Gerakan Hizbullah Lebanon mengatakan bahawa Presiden AS Donald Trump diramalkan untuk membuat pengumuman rasmi berhubung apa yang didakwa mereka sebagai "perjanjian abad ini" dalam masa beberapa minggu yang akan datang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Gerakan Hizbullah Lebanon mengatakan bahawa Presiden AS Donald Trump diramalkan untuk membuat pengumuman rasmi berhubung apa yang didakwa mereka sebagai "perjanjian abad ini" dalam masa beberapa minggu yang akan datang.

Ketika bercakap kepada penyokongnya menerusi siaran langsung televisyen dari ibu negara Lubnan di Beirut pada petang Isnin, Syed Hassan Nasrallah menyatakan bahawa "perjanjian abad ini" itu bermula sejak Trump mengumumkan keputusannya pada 6 Disember tahun lalu untuk mengiktiraf Jerusalem al-Quds (Baitulmuqaddas) sebagai Ibu negara Israel serta memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke bandar yang diduduki rejim Zionis tersebut.

Nasrallah menambah bahawa pemulangan hak warga Palestin, yang menjadi landasan utama di dalam perjuangan Palestin, akan dimansuhkan di bawah "perjanjian" tersebut dan masa akan datang negara Palestin hanya dapat ditubuhkan di Semenanjung Gaza sahaja.

Ketua Hizbullah menyatakan bahawa terdapat beberapa negara Arab mencipta keraguan di dalam agama untuk mengesahkan pendudukan Israel ke atas tanah dan wilayah Palestin. Beliau secara terang-terangan turut mengecam rejim Riyadh mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang diduduki Israel di Palestin sebagai hak entiti Zionis itu.

"Perjuangan Palestin bergantung kepada negara-negara serantau, yang tidak akan mengkhianatinya. Pihak Berkuasa Palestin tidak sepatutnya menandatangani perjanjian abad ini atas sebarang sebab apapun, "kata Nasrallah.

Dia kemudian menyeru pergerakan "muqawwamah" di rantau Timur Tengah untuk tidak menyerah kalah kepada tekanan yang dibuat oleh AS dan Israel sambil menggambarkan Trump, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman sebagai tunggak perjanjian baru untuk Palestin tersebut.

Nasrallah juga memperingatkan hadirin bahawa pentadbiran Amerika Syarikat tidak sekalipun memiliki ckecenderungan untuk menghormati janji mereka sekaligus tidak boleh dipercayai dalam apa-apa bentuk perjanjianpun, katanya sambil merujuk kepada penarikan diri Washington daripada perjanjian nuklear Tehran 2015 dengan Iran.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky