Trump Pertimbang Serius Pemindahan Duta A.S Di Tel Aviv Ke al-Quds

  • News Code : 870210
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk memindahkan duta negaranya di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem al-Quds, kata pegawa-pegawai A.S. Tindakan itu akan mengubah polisi luar A.S yang selama berpuluh tahun diamalkan oleh pentadbiran-pentadbiran sebelumnya serta mampu meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk memindahkan duta negaranya di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem al-Quds, kata pegawa-pegawai A.S. Tindakan itu akan mengubah polisi luar A.S yang selama berpuluh tahun diamalkan oleh pentadbiran-pentadbiran sebelumnya serta mampu meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.

Trump sedang mempertimbangkan sebuah pelan yang secara langsung akan menatijahkan pengiktirafan A.S ke atas al-Quds sebagai ibu kota Israel, kata para pegawai Washington pada hari Khamis. Tindakan itu merupakan sebuah perubahan besar kepada dasar yang diambil oleh para pendahulunya yang percaya bahawa perkara itu perlu ditetapkan di dalam perundingan damai.

Trump dijangka akan membuat pengumuman pada minggu hadapan selepas beberapa bulan perkara itu dibincangkan secara serius di Rumah Putih, kata para pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan.

Akan tetapi, menurut para pegawai itu, pelan tersebut masih belum dimuktamadkan dan Trump masih mampu untuk membuat perubahan ke atasnya.

"Setakat ini, tiada keputusan muktamad yang telah dibuat berhubung perkara itu," kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert pada hari Khamis.

Tindakan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu juga merupakan sebuah perubahan besar daripada dasar yang diambil oleh pentadbiran-pentadbiran sebelumnya.

Perkara itu dilihat sebagai sebuah langkah provokatif yang akan hanya meningkatkan ketegangan di rantau Timur Tengah.

Trump sebelum ini di dalam kempen pilihanrayanya telah berikrar untuk memindahkan kedutaan A.S dari Tel Aviv ke al-Quds dalam rangka untuk memancing undi warga negara itu yang bersikap pro-Israel. Presiden George W. Bush dan Barrack Obama juga menjanjikan perkara yang sama di dalam kempen mereka. Akan tetapi, kedua-duanya mengubah pendirian mereka selepas memegang tampuk Rumah Putih.

Warga Palestin juga berkali-kali memberi amaran kepada Trump bahawa tindakan sedemikian akan memberikan tamparan hebat kepada sebarang prospek untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel yang selama ini telah memperkukuhkan ekstremisme di rantau Timur Tengah.

Kebanyakan pihak di dunia tidak mengiktiraf Jerusalem al-Quds sebagai ibu kota Israel dan bandar itu masih dianggap sebagai tanah jajahan rejim tersebut.

Rejim Israel juga selama beberapa dekad lepas berusaha untuk mengubah bendtuk demografik al-Quds dengan membina penempatan haram mereka, memusnahkan tempat bersejarah dan menghalau keluar penduduk Palestin. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram