Trump Potong Dana Palestin Sebagai Hukuman

Trump Potong Dana Palestin Sebagai Hukuman

Amerika Syarikat (AS) bertindak menyekat separuh dana yang sepatutnya disalurkan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA) yang dikhuatiri akan menyebabkan ketidakstabilan di wilayah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) bertindak menyekat separuh dana yang sepatutnya disalurkan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA) yang dikhuatiri akan menyebabkan ketidakstabilan di wilayah itu.

Semalam, Washington mengumumkan ia hanya akan menyediakan AS$60 juta (RM237 juta) kepada agensi tersebut dan 'menyimpan' baki AS$65 juta (RM257 juta) sehingga UNRWA membuat pembaharuan.

"Ia tidak bertujuan untuk menghukum sesiapa. Kerajaan dan pentadbiran Presiden Donald Trump percaya harus wujud 'perkongsian beban' dalam perkara itu," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert.

Susulan keputusan itu, ketua agensi terbabit merayu dana antarabangsa dan turut melancarkan kempen derma global bertujuan untuk memastikan sekolah dan klinik yang disediakan untuk pelarian Palestin dapat terus beroperasi.

"Jutaan pelarian Palestin memerlukan bantuan makanan segera dan sokongan lain di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat dan Genting Gaza.

“Seramai 525,000 kanak-kanak di 700 sekolah UNRWA akan terjejas akibat pemotongan dana tersebut," kata Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krähenbüh.

Terdahulu, pegawai kanak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Wasel Abu Youssef mengecam 'hukuman' tersebut yang didakwa sengaja menafikan hak pelarian Palestin. – Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky